Syiha menyiapkan kerja sekolah yang di
berikan oleh gurunya.syiha seorang pelajar yang rajin berlainan
Dari kakaknya iaitu syira.mereka merupakan pasangan kembar yang mempunyai muka
yang sama,tetapi perangai yang berlainan.syiha seorang yang happy,cool,lemah
lembut,sopan satun,rajin tetapi syira masya-allah berlawanan..tahu-tahu lah
sendiri..hehehe..
Hari ini ialah hari
paling malang bagi syira,dah lah kena marah dengan papa and mama.lepastu,kena
denda berdiri di tengah panas oleh cikgu sengal.tapi salah aku juga sebab pergi
belasah budak SKEMA yang paling poyo tu,meluat betullah aku dengan
dia.kalau dia ada sekarang aku rendam dia dalam kolam yang ada buaya tembaga
biar hancur muka dia yang hensem tu..ee..hensem ke..nak muntah aku..lagi hensem
apek kat pasar malam..geram betul lah aku..gerutu syira di dalam hati.
“assalamualaikum,syira”syiha memberi
salam lalu masuk ke dalam bilik syira.
“woi masuk ar syiha,tepat pada masanya
kau datang nie.aku ada hal nak cakap dengan kau nie”
“kau nie dah tak reti jawap salam
ke??kau tahu tak menjawap sa….”cepat-cepat syira menintas percakapan syiha.
“stop..aku dah jawap lah dalam
hati,mana nak dengar.kau nie kalau dibagi cakap nanti mula lah memulakan perang
dengan telinga aku..sakit tahu tak telinga aku dengan kau punya falsafah yang
sengal tu...” sambil membuat muka protes.
“ye lah.,kakak syiraku sayang kau nak
ape??”
“ee..lagi sekali kau panggil aku kakak
and sayang aku bagi kau makan kasut aku yang aku pijak tahi ayam tu baru tahu”
“ye lah.. kau nak ape panggil aku
nie??” syiha memjawap sambil tersenyum menunjukan lesung pipitnya.
“tak payah lah tunjuk lesung pipit kau
tu,aku tahu lah aku tak de saja je nak wat aku jelous”syira bersuara
seakan-akan merajuk.walaupun mereka kembar seiras tetapi mereka ada berbezaan..
syiha ada lesung pipit di kedua-dua belah pipinya, ini membuat syiha lagi
cantik bila tersenyum.manakala,syira tiada tetapi syira tetap menawan kerana
matanya beralis lentik.sesiapa yang mengenali mereka sahaje tahu
perbezaannya.tetapi bila dari jauh orang akan nampak semuanya sama.
“ye ke aku senyum tadi nampak lesung
pipit tak perasan lah,sorry lah beb.kau nie nak cakap apa dengan aku,cepat lah
aku nie banyak keje nak buat.aku bagi kau masa tiga minit untuk cakap”syiha
berkata sambil membulatkan matanya.
“ye lah aku nak cakap nie tapi kau
jangan terkejut pulak,nanti mati pula kat katil aku yang cantik nie.”
“mulut kau tu memang tak ada
insurances ye,kalau aku mati pun. aku tak nak lending kat katil kau yang busuk
tu.entah-entah dah banyak air liur basi dia keluar patut lah aku masuk tadi bau
busuk sangat”syiha bersuara sambil menutup hidung.sehabis syiha bersuara syira
terus menbaling bantalnya tepat kena hidung syiha.
“woi jahamamlah hidung aku yang
mancung nie”
‘’ee..perasan hidung dia
mancung,kembang adalah..’’
“cari pasal nampak..cepatlah kau nak
cakap ape??”
“okey, kau tahukan kita nie
kembar..seiras lagi..tapi mama dan papa sekolahkan kita di sekolah yang
berlainan”
“itu aku tahu lah..ape kena mengena
dengan yang kau nak citer”syiha membuat muka pelik.
“ish!! kau ni, nak kata bodoh,pandai..nak
kata sengal,memang kau sengal pon.. apa kata kita tukar sekolah nak tak”
“wait,kau nak pindah sekolah mana..tak
okey ke sekolah kau tu”syiha mula menunjukan muka blur..
“ko nie kan maksud aku kita tukar,kau
pergi sekolah aku and aku pergi sekolah kau..apa macam amoi nak tak??”
‘’boleh ke..nanti papa marah lah,aku
takut lah’’
‘’kau niekan bongok betul lah,rahsiakanlah
bongok..pleaselah! adikku.tak kesian ke dengan kakak kau yang baik nie’’syira
mengelip-gelipkan matanya.
‘’tengok lah,aku fikir dulu.. malam
nanti aku inform kat kau.okey?? aku nak masuk bilik ada keje sekolah nak buat’’
‘’ye lah tapi tolong ye..kali nie
je..please’’
‘’tengok lah’’syiha terus beredar dari
bilik syira.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
‘’pagi bangun anak-anak papa’’dato
zainal bersuara setelah melihat kedua-dua puterinya turun.
‘’well,papa turun awal pon salah ke.’’syira
berkata sambil mengunyah makanan yang disediakan oleh mak cik senah gayanya
seakan-akan tidak sopan.dato zainal tidak perasan anaknya bertukar.
‘’pelik nie..kenapa dengan syiha
jawapan kamu macam kakak kamu selalu cakap,dan kamu syira sejak bila jadi
senyap kat meja makan’’
gulp.. habis aku.lupa pulak aku dah
bertukar.kata syira di dalam hati.
‘’e..r…rr.. mana..ada hari..nie kakak
syira sakit tekak lah papa tu yang susah nak cakap..betul tak kakak.’’apabila
berhadapan dengan dato baru syiha memanggil syira dengan mengunakan gelaran
‘’kakak’’.
‘’betul ke syira’’semua mata di meja
makan terus pandang kearah syiha.syiha terus menganguk.
‘’hah… kan betul papakan,orit lah papa
nak pergi sekolah nie nanti lambat pulak.’’syira terus menarik tangan syiha
supaya keluar dari rumah.dato zainal tergeleng-geleng kepala melihat
peragai puteri-puterinya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ciot lah tadi,lagi sikit nak
kantoi..kau lah macam tak tahu yang kita dah tukar’’syira memarahi adiknya.
“dia yang salah,nak marah orang
pulak’’syiha memarahi kakanya balik.
“ye ke aku salah,tak tahu lah
pulak’’syira cuba menegakkan benang yang basah.
“dah lah malas nak layan kau nanti
mereng otak aku,cepat lah aku dah lambat nie’’
“orit,jom lah.. kau jangan lupa apa
yang aku cakap semalam..biar pecah di perut,jangan pecah dimulut’’
“ok.. aku tahu lah.pergi dulu kakakku
sayang’’syiha berjalan sambil menunjukan flying kiss kepada syira.
“woi ko nak makan kasut ke’’syira
bersuara sambil menunjukan kasutnya.syiha terus berlari dan masuk ke dalam
perut kereta.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Syiha memandang kiri dan kanan.sekolah
ini asing baginya.ish nie syira yang punya pasal,tak ada kerja agaknya nak main
tukar-tukar sekolah.mana satu sarah nie??syiha berkata di dalam hati.
“assalamualaikum,syiha nie ye??’’sarah
yang datang dari belakang.
“waalaikummusalam,owh nie sarah yang
syira selalu cakap..sorry lah menyusahkan je’’ujar syiha dengan perasaan
bersalah.
“owh..tak ada ape-ape ar..kan syira
kawan aku.kau pun kawan aku..so, tak ada masalahlah.. sory lambat tak cam muka
sebab kalau dari jauh memang sama.. ingat syira lah tadi..apa yang syira bagi
tahu kau??’’
“tak apa dah biasa ..dia bagi tahu
pasal budak SKEMA..sape tu??’’syiha menyoal sarah.
“owh..itu afif haiqal,syira memang tak
boleh dekat dengan dia ..gerenti gaduh’’balas sarah.
“kalau boleh aku tanya,kenapa diorang
asyik gaduh je’’kata syiha dengan perasaan ingin tahu.
“entah lah aku pun tak tahu,syira tak
pernah cakap’’
“owh..tak apa lah..nanti aku cuba
tanya dia’’kata syiha dengan nada yang kecewa.tiba-tiba ada seorang budak
lelaki melintas dihadapan mereka.ee….hensemnya puji syiha di dalam hati.
“woi..budak SENGET..aku tak puas hati
lah dengan kau..dah lah semalam belasah aku..lepastu kau buat muka selamba
gajah kau tu depan cikgu saiful..pasal kau aku kena marah dengan papa aku sebab
bergaduh dengan budak perempuan kau tahu tak..aku tengok muka kau kecik
besar..kecik besar je..jab lagi ada gak budak yang makan kaki aku nie’’ujar
afif haiqal dengan nada yang meninggi.syiha tersenyum menampakkan kedua lesung.
.cantiknya bisik hati afif haiqal..tapi aku tak pernah nampak sebelum
nie..pelik-pelik.ermm,mungkin aku tak perasan kot…
“hoi..aku tahu lah aku hensem yang kau
asyik pandang aku kenapa ah”marah afif.
“suka hati member aku lah..nak tengok
muka hodoh kau tu, eiii...hensem lah sangat..lagi hensem atuk aku tahu
tak”sarah berkata setelah menyedari yang syiha tidak bersuara.sarah menyenggol
bahu syiha.
“owuuu..sakit ar sarah”marah
syiha.afif yang melihat syiha berasa pelik,selalunya dia yang kena serang
dulu..nie tak boleh senyum-senyum pulak dengan aku aduh parah nie ..hilang satu
skru kot minah nie..tapi cun gila minah nie sekarang..wat aku
berdebar je dari tadi..ish takkan dah jatuh cinta pulak…tak boleh jadi
nie...afif ko kena ingat betapa kau bencikan dia..bisik afif.sarah terus
menarik syiha pergi.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Di sekolahnya syiha,syira memandang
sekeliling..emm cantik gak sekolah nie..not bad..bisik hati syira.syira asyik
memandang kiri dan kanan kerana kagum dengan sekolah syiha,tiba-tiba syira
terlanggar seorang budak lelaki...
“oii,buta ape??mata letak mana,kepala
lutut kau ke??”syira menggosok kepalanya yang sakit.
“sorry,saya tak sengaja..nak cepat
tadi..sorry ye cik..sapa nama awak??’’
“apa sorry-sorry naik lori ar..sibuk
je nak taw nama aq..apahal??”muka syira sudah merah menahan amarah..ish budak
nie tersenyum-senyum..sakit jiwa pe..aku bagi penumbuk nanti..masuk gol…
“sorry,saya betul-betul mintak
maaf..”asyraf terus merenung gadis di depannya..cantiknya..lagi-lagi time
marah..mata dia cantiknya…nie wat aku angau..bisik hati nakal asyraf
“woi,sengal ada aku suruh kau tengok muka aku
yang cute nie ke”syiha menunjukkan jari telunjuk ke muka asyraf tanda amaran.
“wow,garangnya..tak elok tau perempuan
marah pagi-pagi ni,tak memdatangkan rezeki tau”asyraf cuba bermain tarik tali.
“suka hati aku lah nak garang ke?nak
ada rezeki ke? tak de ke? kau apa kesah??”syiha meninggikan suaranya.
“saya nie sebagai sedara sesama ..”belum
sempat asyraf bersuara,syira terus mencelah.
“bila masa kou nie jadi sedara
aku..malu lah sikit,jangan lah jadi hidung tak mancung pipi
tersorong-sorong”syira bersuara dengan nada mengejek.
“excuseme,sebenarnya saya nak cakap
sedara sesama islam..tu lah janganlah jadi hidung tak mancung pipi
tersorong-sorong ye cik whatever”asyraf cuba mengulang balik apa yang dikatakan
syira.syira terus pergi kelas dengan hati yang marah,syira sempat lagi
menjeling kearah asyraf.meluat tol lah aku dengan dia…perasan kacak ar sangat..oit
hantu jembalang lagi kacak taw.
“apa awak cakap”jerit asyraf..lah dia
dengar ke..baik aku blah sekarang bisik syira.
Di dalam kelas syira sudah membuat
muka blurr..huh ….bosannyer.cikgu nie tak ada kerja lain agaknyer asyik datang
sekolah je.cuba lah sesekali tu tak yah datang langsung.jaga anak ke?gie
jalan-jalan ke?gie dating ke? tgk wayang ke? nie tak ada kerja lain asyik pergi
sekolah je..cikgu semua memang tak reti bosan kut.tak ada
perasaan..hati,jantung,semua anggota badan dalaman tak ada…hahaha…kalau tak ada
mesti dah mati apa lah yang kau merepek nie syira tak ada keje lain kut..kalau
ada ratu merepek gerenti aku lah number one not two…four or three.hehehe…bisik
syira di dalam hati sambil tersenyum.
“syiha kenapa kamu asyik tersenyum dari tadi,ada
saya buat lawak ke”jerit cikgu (entah sape) mendayu-dayu di cuping telinga aku..ceh!!
mendayu-dayu bendanya…lama-lama telinga aku nie hilang pendengaran kut..syira
bersuara sambil megorek telinga yang sakit.huh!! nak cakap apa nie..pikir-pikir..
“Cikgu,salah ke kalau senyum”ujar syira dengan
muka selambanya.
“Saya tak kata salah..tapi masa time saya
tengah ajar..tolong hormat,selamat awak nie calon penolong pengawas dan awak
nie pelajar pintar..kalau tak dah lama saya denda awak.dah pergi duduk”balas
cikgu (entah sape).syira terus duduk dan membuat muka bosannya.ye lah nama pon
belajar sejarah pasti membosankan.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Woitt!!cam ne sekolah tadi.ada apa-apa citer tak”jerit
syira yang ada dimuka pintu bilik syiha.syiha yang sedang menulis terus
mencampakkan pensilnya kerana terkejut dengan suara kakaknya yang mengalahkan
tarzan.
“Aq rasa kau nie memang tak geti bagi salamkan.Cubalah masuk
bilik orang tu ketuk pintu dulu dan bagi salam elok-elok.Lepastu,baru masuk.Tak
boleh ker??”ujar syiha dengan geram.
“Alah!!relaz lah,ko nie asyik-asyik nak marah aku.Semua aku
buat mesti salah jerr”rajuk syira sambil memuncungkan bibirnya.
“ek eleh,kata brutal takkan merajuk kot..dah lah tu,aku
minta maaf erk..senyum sikit”pujuk syiha sambil menumbuk syira dengan
lembut.syira yang memuncungkan bibir tadi terus tersenyum.
“hehe..tahu takut,aku main-main jer tadi..nak tengok sehebat
mana kau pujuk aku,nampaknya tak ada lah hebat mana”ujar syira sambil
mengangkat keningnya.syiha terus membaling pensel yang dipengang kearah syira.
“huh!! Lain kali kau
merajuk aku tak nak pujuk..tahu tak??”marah syiha.syira terus ketawa melihat
rajuk kembarnya.lama-lama syiha pun ikut ketawa.
“okey..syihayana alisya,tolong lah cerita per jadi kat
sekolah tadi??”Tanya syira setelah berhenti ketawa.
“kau nak tahu yang mana..syiradina batrisya??”jawap syiha.
“alah yang mana-mana je lah..”balas syira.syiha berfikir
lagi.apa yang aku nak gie tahu..ahh!! pasal afif haiqal lah,bisik hati syiha.
“ermm…okey aku citer,semua nya biasa je.sama macam kat
sekolah lama aku..beb,aq nak Tanya kau pasal afif haiqal?? Masa aku datang
tadi..dia terus marah-marah aku kiranya kau lah..napew??”ujar syiha.
“owh,budak SENGAL tu,kau tak
yah layan sangat..perosok Negara jerr.dah lah malas nak cerita pasal dia buat
sakit hati jerr..okey aku nak keluar nie..”balas syira sambil berlalu pergi.
Syiha dan syira bersiap awal sebab hari ini maminya ada di
rumah.Pasti rahsia mereka akan terbongkar kerana maminya cukup kenal denga
berbezaan mereka.
“oitt,syiha cepat aku tunggu kau kat depan”jerit syira di
depan bilik syiha.
“okey,jab lagi aku datang”jawap syiha.
Di dalam kereta syiha dan syira masih melihat di sebalik
pintu rumah mana lah tahu maminya keluar..tapi setahu syiha dengan syira
maminya tu kalau selagi tengah hari tak
menjelma mana lah tahu bangun.ish!!terus benor.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“hai awak”tegur asyraf
“assalamualaikum,hai”sindir syira
“hehehe..waalaikummusalam.sebenarnya saya dah ingat tapi
saja nak test awak..ye lah awak niekan kadang-kadang O.T.A.A”
“ermmm..kenapa ye ko nie selalu kacau aku..tak ada kerja ke
asyik kacau anak dara orang dan O.T.A.A tu pe pulak??”ujar syira sambil
mengetap gigi tanda meluat
“sebab saya tak ada kerja lah,saya kacau awak..isy!! awak
nie anak dara ke ingat anak teruna tadi..hahaha..apalah O.T.A.A tu pon tak
taw..tak moden langsung..O.T.A.A tu maksudnya orang tak ada adab”asyraf terus
melarikan diri sambil menyedekahkan flying kiss.ish!! dia ingat ak heran dengan
flying kiss dia tu.. ujar syira sambil mengetap bibir tanda geram..tak apa ada
ubi,ada tapai..sat gie,aq tibai.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“aduh!!”jerit syiha.
“maaf, aku tak segaja lah!!dah kau tu yang jalan lembut
semacam tu pasal..dah macam perempuan aku tengok.kalau kau setakat nak goda aku
and kenakan aku baik tak payah”ujar afif.
“bila masa pulak aku kenakan kau??”marah syiha.entah bila
aku kenakan dia suka hati jerr.
“woi!!perempuan..ko dah kenakan aku haritu,boleh pulak kau
tanya aku??pe lah ngok sangat soalan kau??”
“bila ma…”belum sempat syiha.
“dah-dah..aku malas nak cakap ngan perempuan cam kau.caow
dulu”afif terus berlalu.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“assalamualaikum…afif”syira bersuara dengan menundukkan muka
ke bawah.macam gadiss ayu sesangat.
“waalaikummusalam..kau tengah demam errkk?? Tiba-tiba nak
berbaik dengan aku”suara afif agak lembut.ye lah orang dah lembut takkan nak
berkasar.lagipun,minah nie perempuan.
“aku sebenarnya dah lama minat kat kau sebab tulah aku
selalu kasar-kasar dengan kau..apa kata kita couple nak??lagipun kita pernah
jadi kawan baik dulu”ujar syira dengan perasaan malu-malu.afif terkedu
mendengarnya.
“kau ada masalah erk?? Biar betul..tapi aku nak cakap sebenarnya
aku dah lama minat kat kau dari kita sekolah rendah lagi.so,sekarang nie kita
jadi couple ar ”afif berkata sambil tersenyum.syira terus tersenyum dengan
senyuman paling manis.dah terkena jerat
aku nampaknya.
3 bulan berlalu dengan indahnya.bagi afif dia merasa seronok
sebab dapat jadi pakwe syira.dia memang minat dengan syira dari zaman berhingus
lagi.oleh sebab itu lah,afif selalu menolong syira apabila syira dibuli.tapi,
bagi syira dia buat semua nie adalah kerana dendam.syira akan pastikan afif
merana sebab sukakan dia.
Syira tersenyum bila teringat betapa bodohnya afif.pe lah
bangang sangat ko afif.syira teringat pagi tadi,afif ajak dia ke belakang
sekolah..
“syira betul ke afif dengar syira couple dengan afif sebab
ada orang cabar??”
“hahaha…ko rasa??”syira bersuara dengan senyuman sinis.
“betul ke syira,jangan buat afif tertanya-tanya..”suara afif
lirih benar.
“kalau betul pon ..kenapa??”syira bersuara mengejek.
“kenapa syira buat afif camnie…syira tahu tak afif sayang
syira sangat-sangat”
“woii lelaki!! Kau ingat aku nak sangat ke dengan kau..kau
tu yang bodoh sangat.kalau tak ada orang cabar aku.kau ingat aku nak rapat
dengan kau,boleh blah ar bro”suara syira sudah meninggi
“kenapa syira buat afif camnie..”tanya afif dengan perlahan.
“kau tanya aku sebabkan..tapi kau jangan marah
pulak.sebabnya ialah nak buat kau kecewa apabila cinta kau tak
terbalas.oppss!!silap tak pernah berbalas..so,sekarang misi aku dah pon selesai
dan tinggal lagi satu….”syira terus mengeluarkan eye-mo di poketnya dan
meletakkan dia matanya.lepas meletakkan eye-mo syira membuat post kat
rumput.afif memandang pelik dengan kelakuan syira
“toloonggg!!!toloonggg!!! ada orang kacau saya”syira
bersuara sambil teresak-esak.kebetulan ada cikgu disiplin berada disitu
“kenapa nie syira?? Awak buat apa nie afif??”marah cikgu
saiful
“sa..ya.. takk..b..ua..t a..pa-a..pa cikk..guu”afif bersuara
gagap.
“dia tipu cikgu!! Dia yang tolak saya sampai jatuh”
“cikk..gu saya tak buat.syira cerita lah yang betul”rayu
afif.
“betul cikgu!! Dia nak buat tak senonoh dengan saya”tambah
syira.
“kamu ikut saya afif..nama jerr anak tan sri tapi perangai
cam beruk..bapak kamu tu dah banyak buat bakti kat sekolah nie..kamu pulak
memalukan dia”marah cikgu saiful.
Sejak dari hari tu,afif digantung sekolah selama 2
minggu.afif tidak dibuang kerana pihak sekolah ingin memberi dia satu lagi
peluang.pihak sekolah tidak sanggup membuang afif kerana papanya banyak
membantu sekolah dari segi kewangan dan papanya merayu kat pengetua sekolah
supaya afif diberikan peluang kedua serta perkara itu dirahsiakan.pengetua
sekolah bersetuju kerana afif merupakan pelajar harapan SPM tapi dengan syarat
afif berada dalam pengawasan cikgu disiplin.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“oitt bro..pasal termenung jerr??”syafiq menyergah kawan
baiknya.
“tak ada lah bro..aku cuma teringat citer tahun lepas”jawap afif
“lupakan jerr lah bro,buat semak kepala otak taw tak?? baik
kau study.SPM tinggal berapa minggu je nie”nasihat syafiq
“mana aku boleh lupa beb.dia buat aku macam tu,aku tak boleh
terima bro.papa aku tak percayakan aku,mak aku sampai jatuh sakit dengar berita
tu,cikgu-cikgu tak percayakan aku.wei!! aku tak dapat terima.mak aku meninggal
sebulan lepastu.cuba kau kat tempat aku,dia pernah jadi kawan baik aku tapi dia
buat aku camtu.aku memang bodoh sebab sukakan dia sampai sekarang syafiq aku
masih sukakan dia.kenapa dia buat aku macam tu!!”jerit afif.
“tak apa bro,aku kawan kau.aku percayakan kau..aku akan
selalu ada untuk kau.sekarang nie kau cuma belajar dan yakinkan balik bapak
kau,cikgu-cikgu dengan keputusan SPM kau”syafiq cuba mengembalikan semangat
kawannya sambil menepuk belakang bahu afif.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“apasal korang halang aku”marah syira.ish!orang nak balik
cepat boleh pulak dia main halang-halang.nie papa lah orang tak nak pergi
tension-tension..eh silap pulak tuition nie suruh gak..bosan tol!!
“kalau aku kata aku nak kau macam mana??”budak lelaki itu
terus merenung syira dari bawah ke atas.
“pe kau merepek nie?? Aku tak kacau kau,pasal pe nak kacau
aku ah!!” syira mula meninggi suara.tu lah papa nak suruh pak mat hantar tak
nak.poyo nak balik sendiri..aduh!! syira kau kena kuat..tak boleh
mengalah..syira bagai mengimbas bayangan semalam.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“tolong..tolong..tolong”syira menjerit
“oitt!!kau boleh diam tak budak,sebelum aku tampar muka
kau!!”jerit lelaki yang menariknya ke semak.
“apa salah saya,kenapa abang tarik saya,saya nak balik
lah..nanti papa saya cari” syira bersuara sambil menangis.
“ermmm…kesiannya..papa cari ke sayang.tapi,salah papa kau
juga pasal tak jaga kau..so,aku nak tolong
jaga kau lah nie..tapi sayang,tolong diam ye”ujar lelaki itu sambil
mengusap pipi syira.
“lepaskanlah saya”jerit syira.lelaki itu buat selamba jerr
dan cuba menarik baju syira.syira terlihat kayu di tepi badanya terus mengambil
dan memukul kepala lelaki itu dengan kuat sehingga lelaki itu terjatuh dan
syira mencampak kayu yang dia pegang dan terus melarikan diri.sejak hari
itu,syira menjadi seorang yang kasar dan bencikan lelaki.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“oitt!! Pasal korang kacau budak perempuan ahh..tak de keje
ke??”
“kau pulak sapew??? Pak cik dia ke??? Lagi pun aweek nie cun
kott”ujar budak lelaki tu.
“masalahnya sekarang,kau kacau awek aku.kau kenal tak aku
sapew??”
“lu sapew sampai wa nak kenal??”budak lelaki itu bersuara
lagi.
“bagus soalan kau tu…aku suka sangat!! Aku nie anak tan sri
kamal.kau kenal tak??aku rasa macam kau kenal..tapi kalau kau tak kenal pun tak
pe lah”
“ooohhh…anak tan sri
kamal ye..hehehehe…maaf ar abang,saya test lakonan jerr tadi.. ingat nak datang
temuduga pilih kasih” budak lelaki terus lari selepas bersalaman dengan ‘anak
tan sri kamal’ tu…errmmm,tahu takut..sapew tak kenal tan sri kamal orang yang
berpengaruh kat sini.Bekas pegawai polis tu…
“cik okey kan??”afif menyentuh bahu budak perempuan yang
menutup mukanya dengan tangan.
“terima kasih ye..”syira bangun dan tercengang melihat afif
di hadapanya.
“kauuu!!! Kalau aku tahu kau tadi,buang masa jerr aku
tolong..tapikan,penakut juga kau nie kan??ingat berani sangat…balasankan!!
Haritu pura-pura kena rogol, konon aku buat.sekarang,nak kena rogol betul-betul
kan??apa kau rasa??” ujar afif dengan sinis.
“aku nak minta maaf dengan kau..aku salah”ujar syira dengan
lembut.
“kalau sebelum mama aku meninggal dulu…mungkin aku maafkan
kau.tapi sekarang mak aku dah meninggal pun..mungkin kemaafan kau tak beri
makna bagi aku” afif terus berlalu.syira menitiskan air mata bila melihat afif
pergi..maafkan aku afif,aku salah…kenapa dia abang kau???kenapa abang kau nak
rogol aku dulu??kenapa kau kenalkan abang kau masa malam hari jadi aku??disebabkan
abang kau..aku buat kau merana…maafkan aku!! Jerit syira dalam hati sambil
menangis.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
10 tahun berlalu…….
“oitt..termenung lagi”syiha menepuk bahu kakaknya dari belakang.
“mana ada,aku berangan ar bukan termenung”syira tersenyum
melihat adiknya.cepat betul masa berlalu,dah nak kahwin adik aku nie.cuba teka
dia nak kahwin dengan sapew??.surprise!! dia kahwin dengannnn…...asyraf!!.ingat
tak budak yang selalu cari pasal dengan syira nie dulu.tak sangka jodoh
dorang,terkejut beruk asyraf nie tengok yang si syiha nie ada kembar.
“sama lah kakakku sayang”syiha bersuara dan terus memeluk
kakaknya.syira membalas pelukan adiknya dengan erat.
“cepat masa berlalukan,tak sangka hari nie kau nak
kahwin”ujar syira sambil menarik hidung adiknya.
“hahaha…jodohkan dan terima kasih sebab kembalikan kakak aku
balik.kau kena ingat sampai bila-bila yang aku sayang kau.walaupun, aku dah
kahwin kau tetap kakak aku sampai bila-bila”
“cehh!! Berdrama pulak dia…dah tu lap air mata nanti ‘adik
ipar yang ku benci’ tu datang,banyak pulak soalan dia”syira mengelap air mata
yang ada di mata adiknya.
“ish!! Pengantin nie asyik menangis jerr..penat ‘adik sarah’
mekapkan”sarah terus mengambil bedak dah menyapunya lagi ke muka syiha.
“peehhh!!! ‘adik sarah’..geli tekak”
“biar…jeles ar you nie”sarah terus menjelirkan lidah.syiha
yang melihat situasi itu ketawa.ish!! dah besar tapi macam budak-budak bisik
syiha.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“what???”jerit syira.
“syira terima jer lah anak kawan papa tu,dia baik
tau…lagipun,syira kenal dia”ujar dato zainal.
“tapi kenapa pulak syira yang kena kahwin dengan anak kawan
papa??” jawap syira dengan nada yang pelik.
“dah tu, tak akan lah isteri aku pulak nak kahwin dengan
anak kawan papa tu wahai kakak iparku” asyraf menyampuk.
“ya tak ya jugakkan,kau belum mati lagi.. macam mana adik
aku nak kahwin lagi…betul kan adik ipar yang ku benci??” jawap syira
“amboi!! Mulut kau nie dah lama tak bayar insuranskan…sayang
tengok kakak awak tu dia buat baby lah” asyraf mengadu pada syiha.syira
menjebikkan bibir.Dato zainal hanya menggelengkan kepala.
“ish!! Dah-dah tutup kes..macam mana syira terima tak??”
“aiii papa…kata dah tutup kes,kenapa bukak lagi nie??”jawap
syira dengan malas.
“papa kata tutup kes kamu dengan asyraf bukan kes kamu nak
kahwin dan jangan nak jawap soalan papa dengan soalan lagi”dato zainal memberi
amaran.
“ermmm.....”
“yes or no”ujar dato zainal lagi.syira yang melihat wajah
pengharapan dato zainal….
“yes,dengan syarat syira nak jumpa dengan anak kawan papa
tu…macam mana??” jawap syira
“okey,tapi jangan batalkan pulak nanti..malu papa”
“janji,syira tak akan malukan papa dan mama..deal!!”syira
terus memeluk dato zainal.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
ish!! Papa nie ada-ada jer.suka-suki jer nak aku kahwin dengan anak kawan dia.huh!!! nie dah pukul berapa lambat pulak dia datang.ingat aku nie tunggul nak tunggu dia.Orang macam nie ke papa nak suruh aku kahwin dengan orang yang tak menepati janji macam nie??.
ish!! Papa nie ada-ada jer.suka-suki jer nak aku kahwin dengan anak kawan dia.huh!!! nie dah pukul berapa lambat pulak dia datang.ingat aku nie tunggul nak tunggu dia.Orang macam nie ke papa nak suruh aku kahwin dengan orang yang tak menepati janji macam nie??.
“hello,you syiradina batrisya?”ujar satu lelaki di
hadapannya.syira terus mendongak keatas dan terkejut melihat lelaki di
hadapannya..afif??
“helllooo!!! Can you hear me??”ujar lelaki itu sambil
melambai tangan dia hadapan syira.
“oohh..yess,saya syiradina batrisya”ucap syira sambil
melemparkan senyuman yang manis untuk bakal suaminya.itu afif ker??
“okey,my name mohd afif haiqal bin tan sri kamal”lelaki
itu memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan.syira hanya memandang dan
tersenyum.
“bukan muhrim…”
“owh yaa, sorry.so,kenapa ajak I
jumpa.. I sibuk sangat sekarang
nie and I don’t want to waste my time
untuk perkara yang remeh macam nie”ujar afif dengan wajah bongkaknya dan terus
duduk di hadapan syira.mana pergi afif yang dulu? Kenapa dia rasa yang nie
macam bukan afif?? Afif tak ingat aku ke??
“errmmm,maaf sebab mengangu..awak tahu tak pasal papa awak
dan papa saya rancang nak kahwinkan kita”
“you jumpa I hanya nak cakap benda nie jerr…annoying” ucap
afif dengan sinis.
“saya nak tanya awak setuju ker??” syira cuba menyabarkan
dirinya dengan afif.salah dirinya juga sehingga menjadikan afif seorang yang
bongkak.
“kalau you jumpa I nak tanya setuju ke tak?? I rasa you ada jawapannya…”
“saya ada jawapannya…saya tak faham apa yang awak cakap??”
aku tau jawapannya??pelik?? bisik syira dalam hati.
“you nie memang slow kan…you rasa muka yang kacak macam I
nie tak ada makwe ke?? Kalau you nak tahu
makwe I tu top model tau..you kenal lisa natisya?? Tu lah makwe I…tapi
papa I tu tak suka dengan dia….I tak tahu lah apa yang dia pandang dekat you
sampai suruh I kahwin dengan you” afif bersuara dengan angkuh.syira yang
mendengarnya terkedu…ini ke afif??
“saya nak balik dulu…”syira cuba mengawal suara agak air
matanya tidak jatuh di hadapan lelaki ini.pasti afif akan mengetawakan dia.afif
yang tersenyum melihat syira berlalu.huh!! ada perasan juga rupanya perempuan
nie...permainan baru bermula syira!!!
hahaha....cite koe menarik prhtian aq la wey memmg aq tabit la...wat aq trsntuh jew smbung lgy...
BalasPadam